Uncle Selamat - gembira walaupun kepenatan
Rest Time!!!
Sempat posting gitu!! Penat sangat
Tak terasa penat kalau dh jumpa sanak saudara
My Cousin
Posting gitu
Gotong royong - Perumahan kat kampung
Makan time
Grandma & Uncle Robin
3 Bujang Long Wat (hihihihi)
Cabut bulu ayam
Senyumlah selalu
Kampung Long Wat
24.12.2011 semua family balik kampung. Sebabnya 26.12.2011
hari untuk membuang adat arwah Datuk , Mr. George Baya Ujang. Maknanya ada
makan-makan la masa tu. Masa balik tu,semuanya penuh keceriaan, yelah hampir
5tahun tak balik kampung. Rasa macam tak percaya dapat balik masa tu.
Perjalanan yang memakan 6jam tiada rasanya. Hati melonjak-lonjak tak sabar nak
sampai. Kami dari Miri pada jam 2pm. Tiba di kampung jam 9pm. Setiap destinasi
perhentian kami berhenti. Yelah driver hanya satu orang. Mana la mampu nak bawa
kereta jauh-jauh. Nak ganti pun tak dapat. Mana reti nak bawa kereta kat jalan
tanah. Dah la licin,beralun lagi. Pinggang semua sakit. Sampai kat rumah,semua
sakit hilang. Semua lepak-lepak minum kat dapur. Nenek kelihatan sedih sahaja.
Tapi kami semua mula hiburkan dia. Barulah kelihatan gembira pada wajahnya.
Mana taknya hampir semua anak-anaknya,cucu-cucunya balik. Walaupun ada beberapa
orang anak dan cucunya tak dapat balik. Malam tu semua taknak tidur. Yelah baru
berjumpa setelah hampir setahun tak jumpa sanak saudara.
25.12.2011 semua bersorak keriangan. Yalah Xmas Day. Ramai
juga orang balik tahun ni. All aunt-aunt pergi ke rumah orang. Nak ngabang la
katakana. Lama tak jumpa kawan-kawan lama. Aku pula tidur jer la hari tu. Masih
terasa penat lagi badan ni. Malam tu apa lagi semua bercerita samapai tak sedar
ke pagi.
26.12.2011 semua bertungkus lumus nak adakan malam buang
adat untuk arwah datukku. Kami tak memerlukan khidmat orang luar. Hanya kami
sekeluarga yang menyiapkan juadah untuk dimakan nanti. Pada mulanya rancangan
nenek nak mengadakan makan-makan tu pada waktu malam. Tapi tak dapat,sebabnya
ada pihak lain yang mengadakan makan-makan juga pada malamnya. Jadi kami
terpaksa memilih pada waktu tengah hari. Macam-macam perkara berlaku pada hari
ini. Sampai-sampai kami rasa tersekat nak buat makan-makan. Sehingga lah ada
seorang nenek yang baik hati menolong kami mengatur semuanya. Alhamdullillah,
semua berjalan dengan lancarnya. Malam tu, kita orang semua tidur awal.
Maklumlah esok pagi nak balik Miri.
27.12.2011 awal-awal pagi lagi kami dah bangun. Huhhh,
perjalanan memenatkan lagi. Tapi rasa sedih pula nak tinggalkan kampung ni.
Long Wat, I Will Be Back!!!!
No comments:
Post a Comment